PETALING JAYA – Jika sedang membuat perancangan untuk menikmati makan malam bersama keluarga bersempena sambutan Hari Krismas atau menjelang malam tahun baru 2024, orang ramai boleh membuat tempahan di Sunway Resort Hotel yang pastinya pengalaman menjamu selera bersama di sana pasti meninggalkan memori yang sukar dilupakan.
Bertempat di Sunset Terrace, The Resort Cafe, Linkway Cafe dan Santa Bake Shop musim perayaan hujung tahun ini akan disambut dengan meriah dengan tawaran pelbagai jenis makanan utama, makanan klasik, minuman, pemanis mulut dan juga makanan pembuka selera.
Dihias dengan pelbagai rekaan untuk menyambut hari natal dan juga tahun baru, pastinya pokok Krismas dengan dekorasi klasik bertemakan warha hijau, merah dan keemasan menjadi tumpuan di hotel berkenaan bagi menaikkan mood untuk sambutan Hari Krismas.

Menurut kenyataan Sunway Resort Hotel, idea kreativiti cef-cef di restoran popular di hotel tersebut menawarkan menu lazat dengan persembahan makanan yang unik membuatkan pertemuan keluarga makan bersama semakin menerujakan.
Menu The Feast of the 7 Fishes adalah hidangan menarik berasaskan makanan laut yang dihidangkan bersempena sambutan krismas dan tahun baru iaitu Salmon Coulibiac, Black Mussels Alla Tarrantina, Octopus with Garlic and Herbs, Harissa Baked Barramundi, Oysters Rockfeller, Shripm Baked Potato dan Razor Clams Alla Acqua Pazza.
Bagi mereka yang meminati daging pula, turut dihidangkan menu yang membuat peminat makanan tersebut kecur air liur tatkala melihat persembahan menu The Crusted Prime Rib Beef, Honey Glazed Roast Chicken dan Lamb Shank Pie.

Melengkapi hidangan utama itu, pihak cef restoran tersebut turut menyediakan hidangan pembuka selera, pemanis mulut, hidangan panas serta menu antarabangsa yang lain.
Bagi peminat makanan manis, mereka pastinya tidak akan melepaskan peluang menikmati menu yang disediakan khususnya untuk perayaan krismas iaitu Black Forest Log Cake, Stollen Rich Fruit Cake, Panettone, Pecan Tarts, Eclairs dan Choux.
Tawaran bufet makan tengahari yang bermula daripada 20 November hingga 30 DIsember ini adalah antara RM158 hingga RM188 (pada hujung minggu) manakala kanak-kanak berharga RM68 hingga RM88 (hujung minggu).
Malam Krismas ditawarkan harga bufet antara RM268 hingga RM468 manakala kanak-kanak berharga RM138 manakala pada hari Krismas tawaran harga bufet adalah dari RM218 hingga RM418 sementara kanak-kanak berharga RM108. -KOSMO! ONLINE















