fbpx

Liga Super: Tok Gajah jadi mangsa ‘lepas geram’ JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan JDT cemerlang mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan Sri Pahang 2-0 malam ini. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

PETALING JAYA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadikan Sri Pahang sebagai mangsa ‘lepas geram’ selepas melakar kemenangan 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Harimau Selatan kendalian Esteban Solari membariskan kesebelasan terbaik seperti Heberty Fernandes, Arif Aiman Hanapi dan Bergson da Silva mengetuai jentera serangan.

JDT tidak menunggu lama untuk meraih gol pendahuluan hasil jaringan Heberty pada minit ke-6 untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Zarif Irfan Hashimuddin.

Momentum cemerlang JDT berterusan pada penghujung babak pertama apabila Bergson berjaya menyudahkan peluang terhidang sekali gus memastikan pelawat selesa mendahului 2-0 sebelum wisel rehat ditiupkan.

Bersambung pada separuh masa kedua, JDT hampir menambah jaringan tetapi gagal menepati sasaran selain pemain import Pahang, Kpah Sherman turut memiliki peluang terhidang tetapi gagal disudahkan.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus memastikan juara Liga Super itu meneruskan rekod tanpa kalah musim ini.

Kemenangan itu juga menyaksikan JDT pulihkan semula ‘maruah’ yang tercalar selepas tewas 0-5 kepada kelab Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) awal minggu ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI