fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis sekat bantuan masuk ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trak yang membawa bantuan kemanusiaan memasuki Gaza melalui lintasan Rafah dengan Mesir semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan bahawa tentera Israel menyekat kemasukan bekalan bantuan melalui Lintasan Rafah kelmarin, lapor agensi berita WAFA seperti dipetik akhbar Palestine Chronicle semalam.

Dalam satu kenyataan, PRCS berkata, Israel memutuskan untuk menghalang semua organisasi yang beroperasi di Rafah dengan menghalang trak membawa bantuan memasuki Semenanjung Gaza dari Mesir. Arahan itu bermula malam kelmarin sehingga waktu diberitahu kelak.

Israel juga mengarahkan trak yang membawa bantuan di sebelah Palestin mengosongkan lintasan itu dengan segera.

Menurut PRCS, keputusan itu memburukkan lagi penderitaan dialami rakyat Palestin dan menyukarkan cabaran dihadapi organisasi kemanusiaan serta bantuan yang cuba meringankan kesusahan pelarian. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI