fbpx

[VIDEO] Ini adalah perang terhadap kanak-kanak Palestin – Jurucakap UNICEF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
James menunjukkan keadaan sebuah hospital di Gaza yang masih berfungsi dengan kapasiti 200 peratus.

PETALING JAYA – Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder menyifatkan peperangan ke atas Gaza merupakan perang terhadap kanak-kanak.

Ia susulan serangan tentera Rejim Zionis yang mensasarkan hospital dan kanak-kanak rakyat Palestin menerusi pengeboman udara di Semenanjung Gaza selepas gencaran sejatan berakhir, Jumaat lalu.

Menerusi klip video yang dikongsi Elder, menunjukkan keadaan sebuah hospital di Gaza dipenuhi dengan kanak-kanak yang cedera.

“Gencatan senjata sudah berakhir. Kita sudah boleh mendengar pengeboman kira-kita 50 meter dari hospital ini.

“Ini adalah hospital terbesar yang masih berfungsi di Gaza pada kapasiti 200 peratus. Hospital ini tidak boleh menampung lebih ramai kanak-kanak yang cedera akibat perang.

“Kita tidak boleh melihat lebih ramai kanak-kanak mengalami luka perang, melecur dengan serpihan yang bersepah di badan mereka,” katanya.

Justeru, Elder berpandangan, keadaan menyedihkan itu berlaku akibat tindakan segelintir pihak yang mempunyai pengaruh membenarkan pembunuhan ke atas kanak-kanak.

Sehingga kini, angka korban rakyat Palestin terus meningkat mencatatkan lebih 13,000 orang menjadi mangsa keganasan Rejim Zionis melibatkan lebih 5,500 kanak-kanak dan 3,500 wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI