fbpx

Hujan lebat di Selangor, Johor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri, pagi ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca buruk tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 1 tengah hari.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Selangor iaitu di Klang, Kuala Langat dan Sepang.

“Manakala, cuaca sama juga diramal di Negeri Sembilan di Seremban, Port Dickson dan Rembau,” katanya.

Dalam pada itu, hujan lebat turut diramal berlaku di Alor Gajah dan Melaka Tengah, Melaka dan di Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.

Tambah MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di satu-satu kawasan. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI