fbpx

Dua mangsa runtuhan Batu Maung diambil percakapan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan runtuhan rasuk di tapak pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas.

BALIK PULAU – Polis akan merakamkan keterangan dua buruh binaan warga Bangladesh yang terselamat dalam kejadian runtuhan rasuk di tapak pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas di sini esok.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kedua-dua mangsa yang cedera kini masih ditempatkan di wad Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurut Kamarul Rizal, keterangan diambil selepas kedua-dua mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil. Keadaan mereka stabill dan masih ditahan di wad. Kita akan rakam percakapan esok,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Pada 28 November lalu, tiga mangsa warga Bangladesh disahkan maut dengan masing-masing dua di lokasi kejadian,

manakala seorang lagi ketika menerima rawatan di HPP dalam tragedi yang berlaku kira-kira pukul 9.30 malam itu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Md Ahed Ali, 42, Mohammad Mokaddes Ali, 46, dan Mohd. Sayful Islam, 29 manakala yang cedera dikenali sebagai Md Uzzal Mridha, 30 (patah kaki kiri) dan Md Razu Ahamad,33 (cedera pada kepala dan leher).

Dalam tragedi tersebut, kesemua mangsa dikatakan sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di tingkat bawah sebelum dihempap 15 rasuk bersama tiang konkrit serta besi yang runtuh dari bahagian atas. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI