fbpx

Anak Siti Nurhaliza pun bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT bercakaran Aafiyah dan Afwa yang dikongsi Siti Nurhaliza baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

KALAU sudah namanya kanak-kanak, perangai tetap sama, pasti bergaduh sesama adik-beradik, tidak kiralah anak ustaz atau penyanyi popular sekali pun.

Situasi tersebut turut dilalui Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berkongsi video dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa ketika saling bercakaran.

Menerusi video tersebut, Aafiyah dan Afwa dlihat bergaduh kerana berebut untuk menggunakan kayu penggelek.

Rakaman tersebut turut menyaksikan Afwa mengigit tangan Aafiyah sebelum ditampar kakaknya itu.
Bagi memastikan kejadian sama tidak berulang, Siti turut membeli sebatang lagi kayu penggelek.

Gelagat dua beradik itu mencuit hati ramai yang rata-ratanya berpendapat anak artis juga tidak terlepas daripada pergaduhan sebegitu di rumah.

“Siapa kata anak Siti tak bergaduh? Ini buktinya, luculah!”

“Ingatkan anak-anak kami je bergaduh, rupa-rupanya Siti pun kena hadap situasi sama,” komen netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI