fbpx

Alif Satar pejuang #gengsubuhmacamjumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIF SATAR

MEMANG berfikir di luar kotak! Itu antara pujian yang diberikan ramai terhadap Alif Satar apabila penyanyi itu mencetuskan misi #gengsubuhmacamjumaat baru-baru ini.

Menurutnya, misi tersebut adalah usaha yang perlu mula dilakukan umat Islam ketika ini dalam menunjukkan solidariti terhadap bumi Palestin.

Perkara itu mula tercetus apabila terdapat individu bertanya kepada agamawan tentang cara untuk memaparkan sokongan kepada penduduk Gaza.

“Ustaz itu kata, kalau nak menang (lawan Zionis), kita perlu datang solat subuh berjemaah di masjid. Macam mana kita nak menang kalau mengantuk pun takut, apatah lagi mati.

“Sekarang saya pun dah tukar waktu, pukul 5.30 pagi bangun pergi masjid untuk subuh kemudian sambunglah aktiviti harian lain.

“Rasa-rasanya ini cara terbaik hendak tunjuk yang kita serius. Setuju atau tidak dengan saya?” kongsinya.

Sehingga hari ini, banyak pihak mula menyahut misi tersebut dan berkongsi foto hadir ke masjid menunaikan solat subuh. Bukan peminat sahaja, selebriti pun sokong inisiatif Alif termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Beto Kusyairy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI