fbpx

5 selebriti genius, popular ‘mendunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARI kiri..Maudy, Natalie, Emma dan Aishwarya antara selebriti dunia memiliki latar belakang pendidikan yang membanggakan.

MINGGU konvokesyen yang berlangsung meriah sejak minggu lalu menyaksikan beberapa nama selebriti tanah air berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat universiti, sekali gus bergelar graduan dalam jurusan pilihan masing-masing.

Antara selebriti yang berjaya naik ke pentas graduasi dan menggenggam ijazah adalah penyanyi Tomok yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Selain Tomok, antara rakan artis yang turut bergradusi pada majlis konvokesyen tersebut ialah pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim, Aril Pilus, Raja Mukhriz dan Akma AF.

Selain daripada nama-nama yang disebutkan di atas, terdapat ramai lagi selebriti tempatan yang layak digelar ‘pintar’ apabila memiliki latar belakang pendidikan yang tinggi dalam bidang profesional, namun memilih kerjaya dalam dunia hiburan.

Gala minggu ini menyenaraikan beberapa nama selebriti terkenal dunia yang bukan sahaja terkenal kerana bakat dalam dunia hiburan, tetapi juga pintar dalam bidang akademik.

Maudy Ayunda

MAUDY AYUNDA

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Maudy Ayunda layak digelar ‘beauty with brain’.

Isteri kepada Jesse Choi itu sebelum ini pernah melanjutkan pengajian di University Of Oxford, England dalam jurusan politik, falsafah dan ekonomi pada 2016.

Maudy, 28, kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Stanford University, California, Amerika Syarikat dalam dua bidang sekali gus iaitu Pentadbiran Perniagaan dan Seni pada 2021.

Rowan Atkinson

ROWAN ATKINSON

Siapa tidak kenal dengan pelakon yang membawakan karakter ‘lelaki bendul’, Rowan Atkinson menerusi sitkom, Mr. Bean.

Berbekalkan wajah yang lucu, pelakon yang kini berusia 68 tahun itu ternyata merupakan aktor yang memiliki otak ‘genius’.

Pelakon dengan nama lengkap Rowan Sebastian Atkinson merupakan lulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan Elektrik dari Newcastle University yang diperolehinya pada tahun 1975.

Emma Watson

EMMA WATSON

Pelakon filem Harry Potter, Emma Watson juga tergolong sebagai salah seorang artis pintar dan mengutamakan pendidikan.

Bintang asal England itu sebelum ini pernah melanjutkan pengajian di Brown University di Rhode Island, Amerika Syarikat.

Kini, pelakon berusia 33 tahun itu sedang melanjutkan pengajiannya peringkat Sarjana di University Of Oxford dalam bidang penulisan kreatif.

Aishwarya Rai

AISHWARYA RAI

Aktres terkenal Bollywood, Aishwarya Rai sememangnya terkenal sebagai pelajar pintar sejak kecil lagi.

Ketika bergelar juara pertandingan Ratu Cantik Dunia 1994 (Miss World), Aishwarya Rai sedang menuntut di Kolej Ruparel India yang terletak di Mumbai dalam jurusan perubatan.

Tidak menghabiskan pengajiannya dalam bidang tersebut, Aishwarya Rai kemudiannya melanjutkan pelajaran di Kolej Rahena dalam bidang seni bina dan berjaya menggenggam segulung ijazah.

Natalie Portman

NATALIE PORTMAN

Pelakon Natalie Portman juga cemerlang dalam akademik. Aktres berusia 42 tahun itu pernah menyertai pertandingan Intel Science Talent Search ketika menuntut di sekolah menengah.

Pelakon filem Thor: Love And Thunder itu melanjutkan pengajian di Harvard University dalam jurusan neurosains dan psikologi.

Bukan itu sahaja. Portman juga boleh bertutur dalam bahasa Jepun, Arab, Perancis dan Jerman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI