fbpx

Presiden Jerman kena ‘sidai’ setengah jam di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STEINMEIER menunggu di hadapan pintu pesawatnya selepas mendarat di Doha, Qatar. – X/@DRLUETKE

DOHA –  Lawatan Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier ke Qatar  kelmarin diselubungi kesilapan diplomatik apabila beliau dibiarkan menunggu sekitar 30 minit sejurus tiba di Doha, demikian menurut satu laporan.

Satu rakaman video yang  memaparkan Presiden Jerman itu berdiri di depan pintu pesawatnya, menjadi tular di media sosial.

Badan penyiaran Jerman, DW melaporkan bahawa kelewatan itu disebabkan oleh ketiadaan pegawai-pegawai Qatar di lapangan terbang untuk menyambut beliau.

Insiden itu masih berlaku di sebalik kehadiran Duta Jerman ke Qatar dan pasukan pengawal kehormat. Hanya selepas Menteri Luar Qatar, Sultan al-Muraichai tiba, barulah sambutan rasmi diteruskan, lapor DW.

Di sebalik insiden itu, Steinmeier berjaya meninggalkan lapangan terbang mengikut masa ditetapkan untuk bertemu pemerintah Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani. – AGENSI 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI