fbpx

ISN perlu diberi dana lebih banyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISN perlu diberikan dana yang lebih supaya usaha membantu persatuan-persatuan sukan dapat dilakukan dengan lebih efisien. - X INSTITUT SUKAN NEGARA

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi lebih banyak peruntukan kepada Institut Sukan Negara (ISN) sekiranya mahu melihat arena sukan negara lebih berdaya saing.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, peruntukan lebih banyak perlu diberikan kepada ISN bagi membolehkan badan induk itu memberi perkhidmatan lebih baik kepada persatuan-persatuan sukan.

Beliau turut mendedahkan, MHC juga terpaksa mengambil jurulatih fizikal dari luar negara memandangkan sebelum ini mereka perlu mengeluarkan wang bagi mendapatkan kepakaran daripada ISN.

“Saya bukan mahu merungut, tetapi ISN mungkin berdepan kekangan dana dan kekurangan kakitangan sehingga mereka terpaksa dibahagi-bahagikan kerana hoki bukanlah satu-satunya sukan yang memerlukan bantuan.

“Sekiranya ada doktor atau tukang urut mengikut kita ke mana-mana kejohanan, kita perlu bayar perkhidmatan mereka serta kos-kos lain seperti penginapan. Sebab itu saya cakap, daripada bayar, lebih baik kita gajikan jurulatih luar negara dengan kos hampir sama.

“KBS boleh bantu dengan berikan lebih banyak dana kepada ISN. Sekiranya mahu sukan Malaysia berjaya, kerajaan perlu memperuntukkan lebih banyak dana. Jika sukan tidak jadi keutamaan, jangan cakap pasal nak pergi jauh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis memperkenalkan penaja minuman rasmi bagi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan, seiring perkembangan teknologi semasa, barisan jurulatih juga meminta pelbagai fasiliti dengan harga cukup tinggi sehingga memaksa persatuan mengeluarkan duit poket sendiri.

“Kalau nak harapkan (prestasi) gred A, tetapi duit sikit, sangat sukar. Jurulatih sekarang mahu macam-macam dengan teknologi sekarang, tetapi mahal sehingga kita kena cari pendapatan sendiri,” ujar Subahan.

Terdahulu, MHC menjalinkan kerjasama dengan Orang Kampung (OK) Group yang menjadikan minuman tenaga Long Qi sebagai minuman rasmi pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 yang akan berlangsung 5 hingga 16 Disember nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI