fbpx

UCL: Arsenal lolos ke pusingan kalah mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Arsenal meraikan jaringan yang dilakukan Kai Havertz (kiri) pada aksi awal pagi tadi. - Foto ihsan Arsenal

LONDON – Pasukan Arsenal mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri selepas melakar kemenangan 6-0 ke atas Lens pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Pada aksi Kumpulan B itu, skuad The Gunners berjaya meraih gol menerusi enam penjaring berbeza, Kai Havertz, Gabriel Jesus, Bukayo Saka, Gabriel Martinelli, Martin Odegaard dan Jorginho.

Keputusan tersebut turut menyaksikan Arsenal mengesahkan kemaraan lolos ke peringkat kalah mati selain berjaya meraih status selaku juara Kumpulan D ketika saingan berbaki satu perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI