fbpx

Ranking Malaysia ‘mencanak’ ke-130 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain negara telah mempamerkan aksi cemerlang dengan meraih dua kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan baru-baru ini. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Seperti dijangka, dua kemenangan di pentas antarabangsa pada awal bulan lalu telah berjaya melonjakkan ranking Harimau Malaya daripada kedudukan ke-137 hingga berada di tempat ke-130 dunia.

Menerusi kemaskini terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sebentar tadi, skuad kendalian Kim Pan-gon telah naik tujuh anak tangga sekali gus berada di landasan yang tepat sebelum mengharungi kejohanan Piala Asia 2023 nanti.

Penambahan mata ranking itu berdasarkan perkiraan semasa termasuk dua kemenangan aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 ke atas Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 dan Taiwan (1-0) baru-baru ini..

Berdasarkan ranking Asia Tenggara, Vietnam berada di kedudukan 95 dunia (
1235.58 mata), Thailand berada di posisi ke-113 dunia (1176.75 mata) dengan Malaysia menjadi negara ketiga terbaik rantau ini (1122.87 mata).

Skuad Filipina pula mengumpul 1086.17 mata di kedudukan ke-140 dan lebih tinggi berbanding negara jiran, Indonesia di kedudukan ke-146 (1064.01 mata) dengan Singapura di tempat 156 dunia (1020.50 mata). – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI