fbpx

Penghantar makanan tunjuk ‘anu’ pada kanak-kanak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Penahanan seorang penghantar makanan yang disyaki menunjukkan kemaluannya terhadap seorang kanak-kanak perempuan berjaya menyelesaikan tiga lagi kejadian sama di kawasan perumahan di Presint 5, di sini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 6 petang, Isnin lalu.

Katanya, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan telah diganggu oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam lif.

Beliau berkata, lelaki tersebut yang memakai topi keledar telah mengeluarkan kemaluannya dan menunjukkan kepada mangsa.

“Empat laporan polis telah dibuat berhubung kejadian sama berlaku di kawasan perumahan tersebut.

“Jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat dalam kejadian terbabit adalah sebanyak lima orang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sehubungan itu, Asmadi berkata, pihaknya telah membuat satu tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 32 tahun di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya sekitar pukul 4.30 petang, Selasa lalu.

Kata beliau, siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai penghantar barang dan sudah berkahwin selain mempunyai seorang anak.

“Suspek tidak mempunyai rekod lampau, namun mengaku terlibat dalam kesemua tiga kes yang disiasat,” ujarnya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek adalah negatif.

“Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

“Kawad cam terhadap suspek daripada lima orang mangsa akan dibuat hari ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI