fbpx

Kerjasama AIM, agensi KKDW basmi kemiskinan tegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) bersama sebahagian Sahabat AIM di Kijal, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengarahkan agensi kerajaan termasuk di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjalin kerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini.

Beliau berkata, kerjasama tersebut bagi memastikan tidak berlaku pertindihan dalam program memastikan kemiskinan sifar.

“Saya akan bincang dan minta KKDW di bawah Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan agensi lain termasuk Felda, Mara, supaya berbincang mencari jalan membasmi kemiskinan.

“AIM perlu menjadi ‘gergasi’ dalam membasmi kemiskinan dengan syarat pengurusan (AIM) perlu lebih cermat, cekap dalam setiap sen dibelanjakan,” katanya pada sesi Ramah Mesra bersama Sahabat AIM di Kijal di sini haei ini.

Sebelum ini, Anwar telah mengumumkan peruntukan pembiayan AIM sebanyak RM100 juta pada pembentangan Belanjawan 2024 yang baru diluluskan semalam.

Dalam perkembangan sama, Anwar mempersoalkan Perikatan Nasional (PN) yang tidak membantu AIM sewaktu menjadi sebahagian kerajaan Pusat sebelum ini.

“Orang boleh bercakap tentang hendak jaga Melayu, Islam tetapi ujiannya masa kita berkuasa. Sebab apa tidak diluluskan (peruntukan kepada AIM) tiga tahun lalu?,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI