fbpx

[VIDEO] Runtuhan gudang: Mangsa ditimpa 14 rasuk setinggi 20 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga mangsa dilaporkan maut dalam kejadian runtuhan rasuk di sebuah tapak pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas, malam tadi.

BALIK PULAU – Tiga mangsa maut termasuk empat yang masih tertimbus dikatakan telah dihempap 14 rasuk dengan ketinggian 20 meter ketika melakukan kerja-kerja pembinaan sebuah gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kesemua mangsa dipercayai warga Bangladesh merupakan pekerja buruh binaan di tapak berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila satu rasuk sepanjang lebih 12 meter dengan berat 14 tan telah terjatuh lalu melanggar 14 rasuk lain di bawahnya.

“Rasuk-rasuk terbabit kemudiannya menghempap semua mangsa yang sedang bekerja di bawah.

“Maklumat awal kita terima ada 18 orang di mana sembilan orang keluar pergi sembahyang dan sembilan lagi masih bekerja di bawah runtuhan.

“Setakat ini (1.30 pagi), kita telah kenal pasti tiga mangsa yang meninggal iaitu dua di tempat kejadian dan seorang di hospital manakala dua lagi mengalami cedera parah,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian, pagi tadi.

Lokasi kejadian terbabit dikatakan seluas sebuah gelanggang bola keranjang dan kedudukan mangsa berada di ketinggian 20 meter dari tapak lantai iaitu bersamaan bangunan setinggi empat tingkat.

Dalam pada itu, beliau memberitahu lagi, ketika ini pasukan bomba dan penyelamat sedang berusaha dengan bantuan kren untuk mengeluarkan empat lagi mangsa yang tertimbus.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri, Zulfahmi Sutaji berkata, pihaknya berdepan kesukaran untuk melakukan kerja-kerja menyelamat tapak binaan itu kerana melibatkan struktur-struktur konkrit yang besar.

“Untuk mengangkatnya memerlukan jentera mesin dan membersihkan kawasan supaya pasukan penyelamat dapat mengakses masuk bagi pencarian mangsa.

“Kami akan teruskan sehingga semua mangsa ditemui. Saya jangkakan operasi ini memakan masa sehingga pukul 9 atau 10 pagi ini,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seramai sembilan mangsa terperangkap dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.45 malam semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI