fbpx

Perlis, Kedah antara negeri dilanda ribut petir malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di lapan negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak sehingga pukul 7 malam, hari ini.

Menurut laporan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebook, cuaca buruk dilaporkan melanda di seluruh negeri Perlis, Kedah dan Johor.

“Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan di Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian dan Larut Matang Dan Selama) serta Pahang (Jerantut, Temerloh dan Maran),”katanya.

Keadaan sama turut dijangka berlaku di Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat) dan Sarawak (Kuching, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI