fbpx

Pembantu farmasi dituduh bunuh adik OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Syuhaidah (tengah) dituduh menyebabkan kematian adik kandungnya yang juga OKU pembelajaran di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pembantu farmasi sebuah pusat perubatan swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian adik kandungnya yang juga orang kelainan upaya (OKU), awal bulan ini.

Tertuduh, Nur Syuhaidah Mohd. Sani, 36, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani.

Walau bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Nur Syuhaidah didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian adiknya, Nur Fatin, 29, yang merupakan OKU masalah pembelajaran di sebuah rumah sewa di sini, antara pukul 5.30 petang, 6 November lalu hingga 11.30 pagi, 20 November lalu.

Tertuduh yang merupakan anak kedua daripada lima beradik didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum gantung, boleh dikenakan tidak kurang 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI