fbpx

Mangsa banjir Terengganu tinggal 31 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua penduduk meredah banjir di Surau Panjang, Kuala Terengganu beberapa hari lalu.

KUALA TERENGGANU – Bilangan mangsa banjir di Terengganu kekal 31 orang daripada tujuh keluarga di seluruh negeri ini.

Mereka berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Kuala Terengganu dan Setiu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Kuala Terengganu masih mempunyai 22 mangsa daripada lima keluarga.

“Mereka masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol, Kuala Terengganu.

“Seramai sembilan mangsa daripada dua keluarga pula berada di PPS SK Kampung Rhu Sepuluh, Setiu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, kesemua mangsa banjir terbanjir terbabit belum boleh pulang ekoran air masih bergenang di kawasan rumah masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI