fbpx

Kandungan kecil dari usia, Aisyah Hijanah minta doakan bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Instagram Story Aisyah Hijanah.

PETALING JAYA – Pempengaruh, Aisyah Hijanah mendedahkan keadaan kandungannya yang didapati lebih kecil berbanding usianya.

Aisyah Hijanah melalui beberapa hantaran di Instagram Story memaklumkan perkara itu diketahui selepas melakukan imbasan terperinci di sebuah klinik baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, kandungan itu berada di dalam keadaan baik.

“Baby agak kecil daripada umurnya. Mungkin banyak faktor, badan saya yang kecil, stress sepanjang isu dan kurang selera makan.

“Doakan semoga this baby girl (bayi perempuan ini) diberikan takdir yang baik, rezeki dan jodoh yang baik. Dibesarkan dengan baik dan dijadikan anak yang mudah masuk ke syurga,” katanya.

Sementara itu, dalam hantaran berbeza Aisyah Hijanah juga meminta agar orang ramai memberi ruang kepada dirinya dan tidak bertanya mengenai isu yang berlaku baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

“Terima kasih atas motivasi dan kasih sayang semua. Saya sangat menghargai kalian, biarpun kita tidak kenal secara rapat, tetapi segala motivasi yang diberikan sangat berguna untuk saya di masa akan datang.

“Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja dan kita boleh teruskan hidup dengan lebih baik,” ujarnya.

Terdahulu, nama Aisyah Hijanah hangat diperkatakan susulan pendedahan suaminya, Alif Teega yang mengesahkan sudah berkahwin lagi satu.

Aisyah Hijanah yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram terkenal dengan kandungan-kandungan berunsur keagamaan dan motivasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI