fbpx

Aktor Gadis Kretek tak malu kutip sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIO Bayu bersama seorang lagi pelakon ringan tulang mengutip sampah di stadium selepas satu acara perlawanan bola sepak.

TINDAKAN aktor Ario Bayu membersihkan sampah di stadium selepas menyaksikan perlawanan bola sepak untuk pemilihan ke Piala Dunia U-17 baru-baru ini menuai pujian netizen.

Menerusi video yang tular dalam Instagram, pelakon Gadis Kretek itu memegang beg plastik besar berwarna biru sambil mengutip botol kosong, cawan plastik serta kertas pembungkus makanan di setiap tempat duduk.

Tidak bersendirian, Ario turut ditemani aktres muda, Sintya Marisca, yang sama ligat membersihkan sampah di sekitar tempat duduk stadium.

Bagi Ario, memelihara kebersihan adalah tanggungjawab semua, lebih-lebih lagi ketika menggunakan harta awam.

“Hidup bersih maka boleh membuat tubuh menjadi sihat dan minta tolong ketika kalian sudah selesai diharap boleh dibawa sampah ke tempat sepatutnya,” kata aktor tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI