fbpx

Konflik Palestin-Israel: Elon Musk bermuka-muka lawat Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musk (kiri) melawat Kfar Aza semalam. – UPI

TEL AVIV – Bilionair dan pemilik syarikat aeroangkasa SpaceX, Elon Musk mengadakan lawatan ke Israel sambil ditemani oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Musk melawat Kfar Aza di kawasan Kibbutz yang diserang kumpulan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Menerusi perbualan secara penstriman live di platform media sosial miliknya, X, Musk menyatakan persetujuannya dengan kenyataan Netanyahu yang mendakwa bahawa satu-satunya cara untuk mencapai ‘keamanan’ dan keselamatan adalah dengan memusnahkan Hamas.

“Pertama sekali, anda perlu menghapuskan rejim berbahaya seperti yang anda lakukan kepada Jerman dan Jepun ketika Perang Dunia Kedua,” kata Netanyahu.

“Tiada pilihan lain, tiada pilihan lain,” jawab Musk.

Lawatan tersebut turut menyaksikan satu perjanjian dicapai antara perkhidmatan internet syarikat SpaceX, Starlink, di mana ia akan membekalkan perkhidmatan tersebut kepada Semenanjung Gaza dan Israel.

Selepas Gaza mengalami gangguan internet besar-besaran ketika diserang askar Israel, Musk telah mencadangkan supaya Starlink digunakan oleh organisasi-organisasi bantuan utama di wilayah itu.

Berdasarkan perjanjian terbaharu, Starlink hanya boleh digunakan di Israel dan Gaza selepas mendapat kelulusan Rejim Zionis. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI