fbpx

Kempen Pilpres bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN kempen Anies Baswedan menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada mereka yang menghadiri kempen beliau di Jakarta hari ini. – AFP

JAKARTA – Kempen pilihan raya Presiden Indonesia (Pilpres)  secara rasmi bermula hari ini dengan dua daripada tiga calon Presiden di negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu melancarkan usaha termasuk mengadakan ucapan awam,  menjelang pemilihan pada 2024.

Pilihan raya pada Februari tahun depan itu akan menyaksikan menteri pertahanan dan bekas jeneral pasukan khas, Prabowo Subianto berdepan bekas gabenor Jawa Tengah,  Ganjar Pranowo dan bekas gabenor Jakarta,  Anies Baswedan untuk mengetuai negara kepulauan majoriti Muslim itu.

Hampir 205 juta orang layak mengundi pada 14 Februari 2024 ini  dengan pemenang akan  menggantikan Presiden Joko Widodo (Jokowi)  selepas beliau menamatkan tempoh maksimum dua penggal memerintah ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

Dua calon mengadakan acara kempen pembukaan berasingan hari ini dengan pesaing Prabowo paling dekat, Ganjar memberi ucapan di wilayah Papua yang bergolak.

“Pilihan raya ini mengingatkan kita semua  bahawa ada wilayah yang memerlukan perhatian bersama.

“Ini adalah permulaan kita bergerak bersama, permulaan kita bekerja bersama, permulaan kita untuk menang kemudiannya,” kata Ganjar  di pekan Merauke.

Prabowo, 72, meningkatkan margin popularitinya berbanding Ganjar, 55, demikian menurut tinjauan pendapat yang diterbitkan bulan ini oleh Indikator Politik Indonesia.

Calon presiden kali ketiga itu kini mendapat sokongan 39.7 peratus pengundi berbanding  30 peratus yang memilih Ganjar.

Anies yang merupakan calon popular dalam kalangan orang Islam pula melancarkan kempen beliau di sekitar ibu negara, Jakarta.

Sekiranya tiada calon memperoleh 50 peratus undi dalam pengundian pusingan pertama, pengundian pusingan kedua akan diadakan antara dua calon teratas pada Jun 2024.

Presiden Indonesia yang seterusnya pula akan mengangkat sumpah pada Oktober 2024. – AFP 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI