fbpx

‘Dulu kata gemuk, tak cantik, dah kurus kata suntik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADEERA menafikan ada membuat sebarang suntikan atau prosedur pembedahan kecantikan pada wajah untuk kelihatan runcing.

“RUNCING semula jadi, tidak buat.”

Demikian jawapan penyanyi Nadeera menepis segala dakwaan segelintir pihak kononnya ada menjalani prosedur kecantikan mengubah bentuk mukanya.

Menurut Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini, perubahan ketara pada struktur wajah adalah disebabkan penurunan berat badan.

“Kalau orang tuduh saya buat muka, masya-Allah, memang cantik betulkah? Gurau sahaja.

“Tak buat. Mungkin faktor penurunan berat badan yang mengubah sedikit bentuk muka saya.

“Berat saya turun, jadi agak runcing sikit tetapi muka saya masih lagi tembam,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Dalam masa sama, juara Big Stage 2023 itu mengakui sedang menjalani diet secara sihat sehingga beratnya turun hampir 10 kilogram (kg).

“Ya, saya diet secara sihat dengan mengamalkan senaman selama sebulan lebih dan turun sebanyak tujuh atau enam kilogram.

“Dahulu orang cakap saya gemuk dan tidak cantik. Jadi, sekarang saya kurus apa salahnya,” ujarnya lagi.

Sejak September lalu, ramai yang mula perasan dengan ‘kelainan’ wajah pelantun lagu Emas itu terutamanya pada bahagian dagu yang kelihatan semakin runcing.

Susulan perubahan yang agak ketara, ada pihak mendakwanya mengambil suntikan botox.

Sebelum ini, penyanyi berusia 30 tahun itu pernah berdepan pelbagai hinaan mengenai penampilannya sehingga ada yang menyamakan wajahnya dengan haiwan.

Semasa masih dalam pertandingan Big Stage, penampilan dan pemilihan konsep pakaian Nadeera juga sering menjadi sasaran kritikan netizen. -KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI