fbpx

Barcelona perlu tukar mentaliti – Xavi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Barcelona, Joao Felix (tengah) dikasari dua pemain Vallecano ketika seri 1-1 dalam perlawanan La Liga pada Sabtu lalu. – AFP

BARCELONA – Pengurus Barcelona, Xavi menggesa anak-anak buahnya supaya segera menukar mentaliti untuk memastikan tiga mata pada pertemuan dengan Porto dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Bekas kapten Sepanyol itu menegaskan, Barcelona tidak boleh mengulangi situasi sama ketika aksi domestik bertemu Rayo Vallecano pada Sabtu lalu kerana tiga mata bakal mengukuhkan kedudukan mereka di puncak Kumpulan H.

“Mentaliti kami tidak berada pada tahap terbaik untuk bermain secara lebih agresif. Jika kami mahu memenangi piala musim ini, kami tiada cara lain kecuali menukar mentaliti,” katanya.

Selepas mengharungi empat perlawanan, Barcelona dan Porto masing-masing terikat sembilan mata, namun The Catalans masih mengetuai saingan kumpulan dengan kelebihan jaringan.

Aksi dengan Porto dianggap penentu kepada Barcelona sebelum melengkapkan aksi kumpulan bertemu pasukan tercorot, Royal Antwerp pertengahan bulan depan.

Bagaimanapun, satu mata dengan Rayo Vallecano seakan meningkatkan tekanan kepada Xavi untuk mengetuai pasukannya mengharungi tiga aksi di gelanggang sendiri bermula de­ngan Porto, Atletico Madrid dan Girona.

Bagaimanapun, Xavi enggan terkesan dengan situasi itu kerana menganggap masih memiliki ruang buatnya melakukan penambahbaikan kepada pasukan, sekali gus mampu mengha­dirkan keputusan lebih baik.

“Adalah perkara biasa untuk mendapat kritikan tetapi kami masih mampu mengubahnya dan saya juga masih ada ba­nyak masa. Selepas memenangi La Liga dan Piala Super (musim lalu), mentaliti kami sedikit merosot dan kami tidak boleh biarkan ia berterusan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI