fbpx

69 kes keracunan vape melibatkan kanak-kanak -KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan berdasarkan statistik dari Pusat Racun Negara sebanyak 100 kes keracunan yang disebabkan oleh rokok elektronik atau vape sejak 2015 hingga Ogos lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, daripada jumlah kes yang dilaporkan itu, 69 kes adalah melibatkan kanak-kanak.

Jelasnya, berdasarkan sumber dari Pusat Racun Negara dan Universiti Sains Malaysia, setakat ini hanya nikotin yang boleh memberikan kesan akut atau kematian.

“Dos nikotin yang boleh menyebabkan kematian jika tertelan (ingestion) adalah antara 40 hingga 60 mg bagi orang dewasa.

“Sebagai contoh, jika seseorang individu tertelan 2 hingga 3 ml cecair rokok elektronik yang mengandungi kepekatan nikotin sebanyak 20 mg per ml, ia boleh menyebabkan kematian,”katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Senator Dr A. Lingeshwaran sama ada terdapat botol cecair rokok elektronik vape di pasaran yang mempunyai dos yang boleh membunuh seseorang.

Selain itu, beliau turut bertanyakan tentang jumlah kes keracunan yang disebabkan oleh rokok elektronik yang telah dilaporkan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI