fbpx

Remaja disyaki liwat sepupu 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kiri) direman selama lima hari sehingga Jumaat bagi membantu kes liwat di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan semalam bagi membantu siasatan dakwaan meliwat sepupunya yang berusia enam tahun.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek ditahan selepas laporan diterima daripada ibu mangsa di Balai Polis Chukai di sini petang semalam.

“Remaja lelaki tersebut difahamkan menetap bersama keluarganya ibu saudaranya itu sejak ibu bapanya bercerai beberapa bulan lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Kemaman di sini bagi pemeriksaan perubatan dan remaja itu direman selama lima hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI