fbpx

Lebih banyak kuarters pekerja berpusat diperlukan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sze Han (kanan) melihat contoh model CLQ yang akan dibina ISP di Kampung Perepat, Klang, hari ini.

KLANG- Selangor memerlukan lebih banyak Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) sebagai tempat penginapan kepada lebih 200,000 pekerja daripada pelbagai sektor di negeri itu.

Exco Pelaburan dan Perdagangan, Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana serta Wilayah Ekonomi Baharu, Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata, ketika ini hanya satu sahaja CLQ yang ada di Selangor yang dimiliki syarikat membuat sarung tangan getah, Top Glove Corporation Bhd. (Top Glove).

“Pada masa ini, terdapat beberapa buah CLQ yang sedang dibina oleh syarikat swasta dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Justeru itu, kita mengalu-alukan syarikat swasta untuk membina CLQ di Selangor memandangkan kita kini mahu merancakkan lagi sektor ekonomi negeri,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah projek CLQ di Kampung Perepat, di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI