fbpx

Kedah tolak projek kuari di Baling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mengadakan bantahan pembinaan kuari batu di kawasan Gunung Pulai dan Gunung Baling, Baling pada Jun lalu.

ALOR SETAR – Kerajaan negeri membuat ketetapan untuk menolak sebarang permohonan baharu bagi projek kuari di Baling, dekat sini bagi memastikan alam semula jadi yang menjadi tarikan pelancong di daerah itu tidak terjejas.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, dalam masa sama pihaknya akan mempertimbangkan semula dan membuat penangguhan terhadap kelulusan sedia ada di situ.

Katanya, langkah itu seiring matlamat kerajaan negeri untuk menjadikan Baling sebagai daerah pelancongan eko.

“Saya ingin maklumkan bahawa identiti Baling telah ditetapkan sebagai daerah pelancongan eko. Maka sebarang projek yang boleh menjejaskan perancangan tersebut seperti permohonan kuari kita akan pertimbangkan dan tangguhkan.

“Baling ini kaya dengan permohonan kuari antaranya melibatkan batu kapur, granit dan pasir. Kalau permohonan baharu memang kita akan tolak,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Najmi Ahmad (PN-Kupang) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI