fbpx

EPL: Guardiola berang gol kedua batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERLING Haaland terlebih dahulu meletakkan City di hadapan ketika mereka terikat 1-1 menentang Liverpool kelmarin. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mempersoalkan keputusan pengadil yang tidak membenarkan gol kedua daripada Ruben Dias hingga terpaksa berpuas hati diikat Liverpool 1-1 di Etihad kelmarin.

Ketika itu, Dias bertindak pantas untuk meletakkan bola ke gawang The Reds, namun ia dibatalkan selepas pegawai perlawanan terlebih dulu mengesan kekasaran Manuel Akanji terhadap penjaga gol lawan, Alisson Becker.

Rentetan itu, Guardiola menjadikan aksi Newcastle United dan Arsenal awal bulan ini sebagai contoh, menyaksikan Joelinton menolak Gabriel sebelum Anthony Gordon meledak gol kemenangan The Magpies.

“Selepas aksi Newcastle dan Arsenal, saya tidak tahu kerana saya tidak menyaksikannya lagi. Saya mempunyai lima sesi temubual dan kesemuanya (wartawan) bertanyakan soalan sama.

“Jadi, mungkin kamu melihatnya dengan lebih jelas daripada apa yang saya tengok,” katanya yang turut dirakam bertelagah dengan penyerang Liverpool, Darwin Nunez sejurus tamat perlawanan.

Paling terkesan apabila status pendahulu liga kini dirampas oleh Arsenal yang kini mengumpul 30 mata, dipisahkan satu mata berbanding City di tempat kedua.

Mengulas mengenai insiden dengan Nunez hingga mengheret campur tangan Jurgen Klopp, Guardiola menjelaskan tiada apa yang serius berlaku dan anggap ia perkara normal.

“Tiada apa yang berlaku. Dia lebih kuat daripada saya dan ia bukan tanda kekecewaan sebaliknya saya cukup gembira,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI