fbpx

Ciuman terakhir Fatin Eiram sebelum ke politeknik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Fatin Eiram Bariah diusung dari rumahnya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang, Tumpat hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

TUMPAT – Pelajar Politeknik Kota Bharu yang ditemui maut di dalam kereta selepas dipercayai terhidu gas monoksida di sebuah stesen minyak di Kota Bharu malam tadi sempat memeluk dan mencium ibunya sebelum keluar dari rumahnya.

Rohana Ismail, 41, berkata, arwah Fatin Eiram Bariah Muhamad Sobri, 20 yang merupakan anak sulung daripada enam beradik itu keluar rumah kira-kira pukul 6.45 pagi semalam untuk ke pusat pengajian dan pulang ke rumah sewanya di Kok Lanas.

“Dia sempat peluk dan mencium saya seperti biasa. Dia meminta wang belanja sebelum keluar rumah menaiki sebuah kereta Produa Myvi.

“Arwah sebelum ini pulang bercuti ke rumah sejak Khamis lalu. Tiada kelakuan pelik ditunjukkan arwah sepanjang berada di rumah,” katanya ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kajang Sebidang di sini hari.

Rohana memberitahu, kali terakhir dia berhubung dengan arwah anaknya melalui group WhatApps keluarga pada pukul 6.17 petang semalam dan sempat berbincang persiapan untuk baju raya.

Katanya, bagaimanapun, dia menerima panggilan kira-kira pukul 10.45 malam daripada rakannya yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

“Arwah berada di Kota Bharu bersama rakan lelakinya yang merupakan kenalan sejak sekolah lagi.

“Dia dipercayai sedang dalam perjalanan menghantar rakannya itu yang bekerja sambilan sebagai pembungkus barang jualan dalam talian,” ujarnya.

Rohana berkata, jenazah Fatin Eiram Bariah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kajang Sebidang di sini kira-kira pukul 2 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI