fbpx

Bayi tujuh bulan rentung nahas kereta terbabas, terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Honda Jazz yang dinaiki tiga sekeluarga yang terbakar selepas terbabas sebelum merempuh tiang lampu di depan sebuah bank di Jalam Gua Musang-Kuala Krai, Kuala Krai hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

KUALA KRAI – Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan rentung selepas kenderaan yang dia naiki bersama ibu bapanya terbakar selepas terbabas sebelum merempuh tiang lampu di depan sebuah bank di Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd. Fadzil Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.04 pagi tadi sebelum 16 orang pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati, sebuah kereta jenis Honda Jazz dipercayai terbakar akibat terbabas sebelum merempuh tiang lampu.

“Kemalangan itu melibatkan tiga orang mangsa termasuk bayi berusia tujuh bulan. Lelaki di dalam kereta itu melecur seluruh tubuh badan manakala mangsa wanita cedera ringan.

“Bayi perempuan berusia tujuh bulan itu pula dijumpai rentung di dalam kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Fadzil, kebakaran kereta itu berjaya dikawal kira-kira pukul 4.18 pagi sebelum berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 4.49 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI