fbpx

PSM bakal wujud NSDP bangunkan bakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOMALI (tengah, duduk) mengakui program NSDP adalah penting untuk memastikan bakat sepak takraw negara terus berkembang.

BAGI memastikan bakat baharu sepak takraw negara terus dicungkil, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bercadang untuk mewujudkan Program Pembangunan Sepak Takraw Negara (NSDP) tahun depan.

Presiden PSM, Datuk Somali Reduan berkata, NSDP diwujudkan dalam usaha memperkasa pembangunan bakat sukan itu di seluruh negara dengan melibatkan pemain dari usia 10 tahun hingga 18 tahun.

Tegas Somali, program sedemikian sudah lama dicita-citakan PSM agar negara terus mempunyai bakat yang besar di peringkat akar umbi yang diuruskan secara sistematik dibawah satu bumbung iaitu NSDP.

“Kali ini kita serius dan bengkel hari ini juga mendapat sambutan baik dengan kehadiran hampir semua persatuan negeri, wakil-wakil Majlis Sukan Negara (MSN), kementerian (Kementerian Pendidikan Malaysia).

“MSN sedia membantu daripada sudut mana yang mereka boleh bantu baik dari segi kelengkapan, penganjuran kejohanan dan sebagainya,” kata Somali, selepas Bengkel Program NSDP, di ibu negara hari ini.

Bengkel terbabit berlangsung dua hari sehingga esok akan membincangkan penstrukturan, peranan dan kaedah pelaksanaan NSDP.

Menurutnya, sebaik memperoleh resolusi daripada bengkel tersebut, PSM akan membuat rumusan dan kertas kerja sebelum dipersembahkan kepada MSN dan pihak Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. – KOSMO! Online

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI