fbpx

PSG terus cengkam Ligue 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG berjaya meraih kemenangan penting menentang Monaco yang menjadi tonik penting sebelum mereka berdepan Newcastle. - AFP

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) mengukuhkan cengkaman mereka di puncak saingan Ligue 1 selepas membenam AS Monaco 5-2 awal pagi semalam.

Jurulatih PSG, Luis Enrique nyata berbangga dengan persembahan terbaik pasukannya itu biarpun rata-rata pemain mereka baru pulang menyertai kelab selepas rehat tugasan aksi antarabangsa.

Kata Enrique, dia akan membawa momentum cemerlang sebagai persiapan terbaik untuk menghadapi Newcastle pada aksi Liga Juara-Juara di laman sendiri pada Rabu ini.

“Paling penting adalah sikap yang ditunjukkan pemain selepas rehat tugasan antarabangsa. Mereka bermain dengan cukup baik biarpun kami mempunyai satu hari latihan untuk melakukan persiapan.

“Saya gembira dan berbaloi dengan keputusan yang kami capai pada kali ini. Bagi saya Monaco adalah pasukan yang terbaik dan juga bercita-cita untuk memenangi liga.

“Selepas ini, kami akan menghadapi perlawanan penting menentang Newcastle dan cara terbaik sebelum ke sana ialah dengan mencatat kemenangan,” katanya.

Pada saingan tersebut, lima gol PSG disumbangkan oleh Goncalo Ramos, Kylian Mbappe, Ousmane Dembele, Vitinha dan Randal Kolo Muani.

Hasil kemenangan tersebut, PSG kini berada di tangga teratas liga dengan mengumpul 30 mata, empat mata di depan Nice yang kini menduduki tangga kedua. Sementara itu, Monaco di tangga ketiga dengan mengumpul 24 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI