fbpx

Jangan harapkan orang lain, usaha majukan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASYURA mahu wanita di negara ini berdikari untuk mencapai impian.

MESKIPUN baru sahaja berusia 20 tahun, yang mana usia muda itu sering disifatkan sebagai fasa ‘bersuka-ria’, namun gadis ber­asal dari Cheras, Kuala Lumpur yang mesra disapa sebagai Asyu­ra mempunyai visi mengangkat martabat wanita.

Ini kerana, menurut pemilik nama Khairul Asyura Khairul Afifi, golongan wanita perlu berdikari dan mencari kekayaan sendiri tanpa mengharapkan orang lain, sekali gus mampu menjadi iron lady untuk diri sendiri.
Berpegang kepada kata-kata itu, Asyura yang merupakan pelajar dan model sambilan bertekad terus bekerja keras bagi mencapai impian bergelar pensyarah, seterusnya mengubah stigma perempuan perlu duduk di dapur.

Kepada Kosmo! Ahad, Asyura bercerita mengenai dirinya.

Kosmo! Ahad: Boleh jelaskan sedikit mengenai latar belakang?
Asyura: Saya berusia 20 tahun dan merupakan anak ketiga daripada enam orang adik-beradik.
Saya baharu sahaja menamatkan pengajian di UMcced dalam diploma perakaunan dan sekarang sedang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Islam Antarabangsa ­Malaysia, Gombak.

Apa minat dan impian awak dalam bidang berkenaan?
Saya sangat menyukai bidang peragaan selain mempunyai kerjaya sambilan sebagai model.
Intan Najwa banyak memberi inspirasi kepada saya kerana dia seorang pelakon dan pada masa sama merupakan model, ahli perniagaan dan pelajar undang-undang.

Bagaimana boleh terjun dalam bidang peragaan pada usia muda?
Sebenarnya saya telah ditawarkan oleh sebuah syarikat kosmetik untuk menjadi kanvas solekan mereka dan bermula dari situ, semuanya bermula.

ASYURA memasang impian untuk menjadi pensyarah satu hari nanti.

Bagaimana bahagikan masa sebagai seorang model dan pelajar?
Saya hanya menerima tawaran kerja sebagai model apabila mempunyai masa lapang sahaja memandangkan telah menetapkan masa untuk belajar sekitar tiga jam sehari bagi mengimbangi antara pelajaran dan kerjaya.

Adakah berhasrat memasuki bidang seni dan siapa idola dalam industri itu?
Saya sangat meminati Hannah Delisha kerana dia begitu berbakat selain merendah diri. Jika ada rezeki, saya tidak menolak untuk mencuba nasib dalam bidang seni.

Bagaimanakah awak lihat laluan kehidupan dalam tempoh 10 tahun?
Pastinya setiap wanita mempunyai impian untuk menjadi versi yang terbaik dalam kehidupan mereka apabila memasuki usia matang. Bagi saya, menjadi wanita bekerjaya dan stabil antara yang diidamkan.

Adakah wanita perlu cantik dan berilmu untuk terus dihormati?
Sudah pasti kerana cantik ialah sesuatu yang subjektif, tetapi jika wanita itu berilmu, ia akan mencerminkan keperibadian dan nilai yang ada padanya untuk terus dihormati.

Adakah wanita perlu berdirikari dan mencari kekayaan sendiri berbanding mengha­rapkan orang lain?
Benar, wanita masa kini perlu lebih berdikari dan tidak terlalu mengharapkan orang lain. Stigma perempuan perlu duduk di dapur juga sudah tidak relevan lagi ekoran keadaan ekonomi yang kurang stabil kini.

Tiga sikap lelaki yang membuatkan wanita jatuh hati?
Bagi saya, lelaki yang penyabar, ada sikap toleransi dan memahami.

Antara lelaki kacak dan kelakar, manakah membuat wanita lebih tertarik?
Semestinya kelakar kerana saya seorang yang suka memendam. Jadi, saya perlukan seseorang yang kelakar untuk menghiburkan supaya perhubungan itu lebih mempunyai warna.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI