fbpx

Jalan Balik Pulau – Teluk Bahang dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander ketika mengadakan lawatan di Jalan Balik Pulau - Teluk Bahang, Pulau Pinang hari ini.

PETALING JAYA – Jalan Balik Pulau – Teluk Bahang di Pulau Pinang yang ditutup sejak 14 Julai lalu akibat hakisan tanah dan kegagalan cerun kini telah dibuka semula kepada semua jenis kenderaan bermula hari ini.

Memaklumkan perkara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembukaan semula jalan itu dibuat selepas kerja-kerja pembaikan laluan tersebut siap sepenuhnya pada 6 November lalu.

Lebih membanggakan katanya, kerja pembaikan itu siap sepenuhnya 51 hari lebih awal daripada jangkaan tarikh siap asal iaitu pada 26 Disember depan.

“Kerja-kerja pembaikan cerun ini menggunakan kaedah ‘Tie Back Wall’ manakala kerja-kerja pembinaan sistem saliran menggunakan jenis ‘Cascade’ and ‘Toe Drain’.

“Justeru, saya telah mengumumkan pembukaan laluan di kedua-dua seksyen ini kepada semua jenis kenderaan sebentar tadi di lokasi ini,” tulisnya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan kerja pembaikan di Seksyen 46.8 ini yang menelan belanja sebanyak RM1.073 juta, manakala Seksyen 45.40 sebanyak RM726,000.

“Selari dengan semangat kempen MYJalan yang dilaksanakan, KKR sentiasa berusaha memastikan kerja-kerja pembaikan dan penyenggaraan jalan raya yang mengalami kerosakan dilaksanakan dengan terancang demi memastikan pembangunan infra berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk digunakan,”ujarnya.

Terdahulu dalam kejadian pada 14 Julai lalu, sebahagian jalan FT006 iaitu jalan mengelilingi pulau dari Jalan Balik Pulau ke Teluk Bahang, di sini ditutup sepenuhnya sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak berikutan hakisan tanah dan kegagalan cerun di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata hasil penyiasatan awalan di tapak oleh pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati kegagalan cerun yang berlaku adalah disebabkan oleh hakisan tanah daripada taburan air hujan yang tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI