fbpx

Isteri tidak wajib basuh baju suami – Azhar Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus

PETALING JAYA – Para isteri adalah tidak diwajibkan untuk membasuh baju dan memasak untuk suami mereka kecuali apabila telah disuruh.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, golongan isteri pada dasarnya adalah tidak wajib untuk melakukan segala kerja rumah untuk suami mereka kecuali apabila disuruh.

“Isteri tidak wajib memasak untuk suami, isteri tidak wajib basuh baju suami. Tetapi jika disuruh suami itu adalah wajib dan perlu dilakukan.

“Jadi berilah upah kepada isteri kita itu, dia sudah buat suruhan kita. Kalau sebulan bagi sahaja RM1,000. Itu pun tidak cukup kalau nak dibandingkan dengan dia melahirkan anak untuk kita,” jelasnya melalui satu klip video ceramahnya di YouTube baru-baru ini.

Tambah Azhar lagi, jika ingin dibandingkan dengan apa yang dilakukan isteri, ternyata golongan suami tidak mampu terutamanya ketika mereka bersalin.

“Kalau golongan lelaki ni nak kencing ada sakit batu karang pun dah jerit, cuba bayang isteri kita nak lahirkan anak yang berat 3.5 kilogram (kg) ada yang sampai 4 kg lebih, kita memang tidak mampu.

“Apalah sangat dengan ‘upah’ RM1,000 sebulan jika kita beri kepada mereka, untuk tebus pengorbanan isteri memang tak boleh, ada yang meninggal dunia ketika lahirkan anak, cuba bayangkan,” jelas beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI