fbpx

Inflasi Malaysia antara yang terendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysia merekodkan kadar inflasi yang paling rendah sejak April 2021 setelah mencatatkan pertumbuhan 1.8 peratus pada Oktober 2023 berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Ini berbanding pertumbuhan inflasi sebanyak 4.9 peratus di Filipina, Republik Korea (3.8 peratus), Vietnam (3.6 peratus) dan Indonesia pada 2.6 peratus.

Pada masa sama, kadar inflasi negara masih lebih tinggi berbanding China yang merekodkan kemerosotan sebanyak 0.2 peratus dan Thailand (-0.3 peratus).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, keadaan ini didorong oleh kenaikan lebih rendah bagi Kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol pada 3.6 peratus (September 2023: 3.9 peratus).

Harga ayam misalnya, mencatatkan penurunan negatif 0.7 peratus pada Oktober lalu.

“Purata harga ayam standard di Malaysia menurun kepada RM10.02 sekilogram berbanding RM10.07 sekilogram pada bulan Oktober 2022.

“Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengumumkan pengapungan harga ayam bermula 1 November 2023 bagi mengelakkan ketirisan subsidi yang telah dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi, selain untuk menyokong kemampanan industri pengeluaran ayam tempatan,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI