fbpx

4 maut, 60 cedera dalam rempuhan konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berkumpul di luar Universiti Sains dan Teknologi Cochin. - Hindustan Times

NEW DELHI, India – Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala 60 lagi cedera dalam satu rempuhan pada acara konsert di sebuah universiti di negeri Kerala, India semalam, lapor laman berita Wion News.

Menteri Kesihatan Kerala, Veena George memaklumkan, konsert itu diadakan di sebuah auditorium terbuka di Universiti Sains dan Teknologi Cochin. 

Ahli Majlis Perbandaran Kerala, Pramod berkata, kesesakan telah berlaku di pintu masuk dan keluar auditorium tersebut. 

“Pelajar cuba masuk melalui pintu yang sama. Pelajar yang menaiki tangga terlebih dahulu jatuh sebelum orang ramai memijak mereka berulang kali,” kata Pramod.

Sementara itu, Veena berkata, pihaknya kini menyelaraskan kemudahan rawatan di Kolej Perubatan dan Hospital di Kalamassery. Seramai 10 daripada 60 mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Pengarah Polis Tambahan Kerala (ADGP), Ajith Kumar berkata: “Disebabkan hujan, orang ramai cuba memasuki bangunan. Mangsa-mangsa yang menaiki tangga terlebih dahulu terjatuh dan orang ramai berjalan di atas mereka. Empat orang disahkan maut manakala empat lagi cedera parah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI