fbpx

Sanggup sewa kereta untuk menyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang termasuk kereta disamun empat lelaki berjaya dirampas semula selepas suspek ditahan di sebuah rumah di Taman Mutiara Rini di Skudai, kelmarin.

KLUANG – Empat lelaki sanggup menyewa sebuah kereta Produa Alza semata-mata mahu melakukan samun sebelum berjaya ditahan polis di Taman Mutiara Rini, Skudai kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, sebelum itu pihaknya menerima laporan kejadian samun di Taman Puteri Emas di Simpang Renggam kira-kira pukul 8.30 pagi pada 23 November baru-baru ini.

Katanya, kejadian berlaku ketika dua lelaki berusia lingkungan 40 tahun yang berada di dalam rumah sedang berehat sebelum dimasuki empat lelaki warga tempatan berusia 22 hingga 49 tahun.

Barang-barang dipercayai disamun oleh empat lelaki berjaya dirampas semula selepas suspek ditahan di sebuah rumah di Taman Mutiara Rini di Skudai, kelmarin.

“Terkejut dengan keadaan yang secara tiba-tiba itu menyebabkan kedua-dua mangsa tidak dapat melakukan apa-apa dan menyerahkan pelbagai barang diminta suspek.

“Ekoran itu, mangsa kerugian kira-kira RM82,000 apabila suspek berjaya melarikan wang tunai RM1,000, empat telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad pengenalan mangsa dan sebuah kereta Produa Aruz,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Ujarnya, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Taman Mutiara Rini di Skudai dan menahan semua suspek hanya kira-kira 12 jam selepas melakukan samun.

“Semua barang-barang yang dilaporkan disamun berjaya dirampas semula termasuk kereta Produa Alza yang disewa oleh salah seorang suspek,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI