fbpx

Platform terbaik pendedahan awal ragbi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZELMAN (tengah) bersama barisan guru dan tenaga pelatih menyaksikan latihan para pemain SMSSMJ menjelang Kejohanan Ragbi Mannol Malaysia Sains Kedah 10’s 2023 bulan depan.

SATU kejohanan ragbi bawah 15 tahun (B15) peringkat kebangsaan akan diadakan bagi memupuk minat dalam kalangan anak-anak muda untuk terus menceburi bidang sukan itu dalam misi mencungkil bakat agar dapat diketengahkan ke tahap lebih tinggi.

Kejohanan Ragbi Mannol Malaysia Sains Kedah 10 Sebelah (10’s) 2023 di Sekolah Mene­ngah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SMSSMJ), Sungai Petani, Kedah pada 16 dan 17 Disember ini dilihat mampu menjadi platform yang tepat.

Pengarah kejohanan, Mohamad Zelman Mohamoud menjelaskan, objektif penganjuran adalah lebih kepada memberi pendedahan awal kepada para
pemain untuk merasai perlawanan berkompetitif tinggi menentang pasukan-pasukan hebat dari seluruh tanah air.

“Kejohanan ini dianjurkan sempena sambutan jubli emas SMS Sultan Mohamad Jiwa. ­Untuk kejohanan ini, kami amalkan jemputan terbuka sebab kami nak mengkekalkan dasar pembangunan sukan.

KEJOHANAN Ragbi Mannol Malaysia Sains Kedah 10’s B15 2023 akan diadakan di Sekolah Mene­ngah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani pada 16 dan 17 Disember.

“Kebetulan ia mendapat sambutan daripada pasukan-pasukan utama dari seluruh negara. Jadi kami jemput dan raikan juga pasukan-pasukan dari Sungai Petani dan Kedah supaya berpeluang berjumpa dengan lawan-lawan yang kuat.

“Kami mahu para pemain didedahkan dengan suasana pertandingan di peringkat awal supaya mereka dapat menimba pengalaman bertemu pasukan hebat,” katanya yang juga Pengarah Pembangunan Ragbi Sains Kedah (SK) Eagles.

Kejohanan anjuran SK Eagles Ragbi dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMSSMJ yang turut mendapat tajaan Mannol Malaysia itu mendapat sambutan menggalakkan tetapi pe­nganjur terpaksa mengehadkan kepada 24 pasukan.

Akademi Ragbi Selangor (ARAS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) yang dianggap antara pasukan ragbi sekolah terbaik negara turut mengambil bahagian.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI