fbpx

[VIDEO] Libas kawan sendiri dengan batang kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang memaparkan seorang murid dipukul, dipijak dan ditendang oleh seorang pembuli

PETALING JAYA – Video seorang murid dipukul berkali-kali dengan sebatang kayu menerima kecaman ramai setelah ia tular di aplikasi X, hari ini.

Dalam video yang berdurasi 50 saat itu, murid tersebut telah dipukul dengan kayu, dipijak dan ditendang tanpa belas oleh pembuli di hadapan rakan-rakannya yang lain.

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Meninjau ke ruangan komen, pengguna yang rata-ratanya terdiri daripada golongan ibu bapa mengecam tindakan tersebut selain bertindak ‘tag’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam hantaran sama.

“Berderau darah aku. Mana mak ayah budak ini? Budak ini minta dilibas ke? Menggigil tengok video ini, dengan dia meraung sakit. Teringat dekat anak sendiri,” kata seorang pengguna.

“Inilah sebab aku tak nak hantar anak-anak duduk asrama walaupun aku sendiri masa kecil dulu duduk asrama. Tolong PDRM minta ambil tindakan,” kata seorang lagi pengguna.

“Bersungguh ya budak tu pukul? Terbayang pula kena dekat anak sendiri,” kata Ney.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 246 tanda suka dan 42,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI