fbpx

Syarikat cari jururasa kaki ayam tawar gaji RM13,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon terpilih perlu makan kaki ayam ketika sarapan dan makan tengah hari. - cicili

BEIJING – Sebuah syarikat makanan di wilayah Zhejiang, China menarik perhatian orang ramai selepas mengeluarkan iklan mencari pengecap kaki ayam di media sosial, lapor laman berita Thaiger semalam.

Syarikat tersebut ingin mencari pekerja yang ditugaskan untuk merasai pelbagai perisa hidangan kaki ayam dengan tawaran gaji lumayan.

Calon yang terpilih dikehendaki makan kaki ayam semasa sarapan pagi dan makan tengah hari dengan bayaran antara 15,000 yuan (RM9,833) hingga 20,000 yuan (RM13,110).

Had umur atau jantina tidak ditetapkan tetapi calon perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman dalam memakan kaki ayam dan pelbagai makanan lain.

Seorang pegawai Sumber Manusia syarikat berkenaan dikenali sebagai Wu mengesahkan iklan jawatan tersebut. Mereka telah menerima hampir 2,000 resume dan menyenarai pendek empat calon akhir.

Menurut Wu, calon yang dipilih perlu memberi cadangan kepada syarikat untuk memenuhi keperluan pengguna dalam menambah baik dan membangunkan produk pada masa hadapan. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI