fbpx

Keuntungan IOI Properties susut kepada RM225 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambaran keseluruhan IOI Resort City dan IOI City Mall, Le Meriden serta Menara IOI City.

PETALING JAYA – IOI Properties Group Bhd (IOIPG) mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) lebih rendah pada suku pertama kewangan 2024 sebanyak RM225.2 juta, 67 peratus lebih rendah berbanding RM689.7 juta yang direkodkan pada suku sama 2023.

IOIPG dalam kenyataan berkata, hasil pendapatan turut menyusut 6.3 peratus kepada RM648 juta, pada suku pertama yang berakhir 30 September lepas.

Menurutnya, walaupun hasil dalam pembangunan hartanah menurun sebanyak 15 peratus, sebahagiannya diimbangi oleh prestasi pelaburan hartanah yang meningkat sebanyak 31 peratus.

“Meskipun penutupan Palm Garden Hotel, A Tribute Portfolio Hotel dan Putrajaya Marriott Hotel, hasil daripada segmen hospitaliti dan riadah kekal dan disokong sumbangan lebih tinggi daripada hotel lain,” katanya hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOIPG, Lee Yeow Seng berkata, PBT yang lebih rendah sebahagian besarnya disebabkan sumbangan yang lemah daripada segmen pembangunan hartanah di Malaysia dan China yang mencatatkan jualan yang rendah.

“Ini menunjukkan ketangkasan dan keteguhan kumpulan dalam meningkatkan kitaran prestasi segmen perniagaan yang pelbagai dalam kitaran ekonomi yang turun naik.

“Kami gembira dengan usaha berdaya tahan pasukan IOI dalam mencapai keputusan pada suku pertama tahun kewangan 2024, memulakan tahun kewangan di landasan yang betul.

“Kami sedar bahawa persekitaran operasi di dalam dan di luar Malaysia akan terus menghadapi beberapa masalah.

“Bagaimanapun, penawaran produk hartanah dipelbagaikan di tiga negara, pendapatan berulang daripada portfolio pelaburan hartanah dan prospek yang lebih baik untuk segmen hospitaliti dan riadah akan memberikan pendapatan yang mampan di masa hadapan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI