fbpx

Hujan berterusan di Pantai Timur hingga lewat petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan, hujan masih berlaku di negeri Pantai Timur sejak malam tadi dan dijangka boleh berlarutan sehingga ke lewat petang.

MetMalaysia memaklumkan, hujan juga dilihat berlaku di negeri-negeri Pantai Barat serta Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan satu dua tempat di Johor.

“Bagaimanapun ia dijangkakan boleh beransur menjelang ke tengah hari nanti,” katanya menerusi video YouTube MetMalaysia hari ini.

Dalam pada itu, keadaan hujan di kawasan-kawasan amaran terutama di bahagian Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangkakan boleh bertambah intensitinya menjelang lewat petang ke malam nanti.

“Oleh itu, penduduk setempat dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan cakna tentang amaran dan juga nasihat dikeluarkan MetMalaysia,” ujarnya.

Bagi negeri Sabah dan Sarawak, tiada hujan dilaporkan, namun keadaan sedikit mendung di Mukah pada pagi ini.

Sementara itu, MetMalaysia memaklumkan, luruan monsun masih berlarutan sehingga ke 28 November nanti dan pada masa sama, satu sistem bertekanan rendah dilihat sudah mula terbentuk di Laut China Selatan dan dijangka bergerak ke arah selatan.

“Oleh itu MetMalaysia telah kemas kini amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan kesemua jajahan di negeri Kelantan kecuali Gua Musang, di Terengganu dan daerah Kuantan, Pahang yang mana amaran ini berkuat kuasa hingga esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI