fbpx

Ahli Bersatu kini 600,667 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah ketika berucap Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Keenam 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus mengukuhkan sokongannya apabila kini telah merekodkan seramai 600,667 ahli.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua ahli berkenaan melibatkan 202 bahagian dan 7,352 cawangan.

Jelas beliau, keahlian dan penubuhan bahagian serta cawangan itu direkodkan pihaknya sehingga Isnin lalu.

“Saya ingin melaporkan, untuk makluman para perwakilan sebanyak 202 Bahagian Bersatu ditubuhkan di seluruh negara dengan bilangan ahli berjumlah 600,667 ahli semuanya, manakala bagi peringkat cawangan, sebanyak 7,352 cawangan berjaya ditubuhkan dan sehingga 20 November 2023.

“Penambahan keahlian itu membuktikan bahawa Bersatu semakin kukuh dan terus menerima sokongan rakyat,” katanya ketika berucap pada perasmian Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Keenam 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Perhimpunan kali keenam itu dihadiri Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan lebih 2,000 perwakilan dengan persidangan sayap-sayap iaitu Armada, Srikandi, Srikandi Muda dan Bersekutu.  – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI