fbpx

2,000 pelancong Jepun teruja lawat Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketibaan pelancong Jepun menggunakan kapal persiaran Pacific World disambut dengan paluan kompang di LTC Tanjung Malai, Langkawi pada pagi tadi.

LANGKAWI – Rata-rata pelancong dari Jepun yang tiba dengan kapal persiaran mewah melahirkan rasa teruja untuk melawat lokasi menarik di pulau peranginan ini.

Kapal persiaran Pacific World yang dianggarkan membawa 2,000 penumpang itu berlabuh pada pukul 8 pagi tadi di Langkawi Cruise Terminal (LTC) di Tanjung Malai dan dijangka berlayar semula pada pukul 10 malam ini.

Seorang pelancong, Tomoya Ichikawa berkata, ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki di sini.

“Sebaik turun daripada kapal saya dapat lihat pemandangan laut dan deretan bot yang sangat cantik. Sekiranya hari ini berjalan lancar, saya akan kembali semula ke Langkawi untuk melawat tempat-tempat yang tidak sempat dilawati hari ini,” katanya ketika ditemui LTC Tanjung Malai di sini hari ini.

Seorang lagi pelancong, Sachiko Kanaya memberitahu, dia akan melawat Oriental Village untuk menaiki kereta kabel.

“Saya difahamkan tarikan tersebut adalah tarikan nombor satu di Langkawi, jadi saya tidak mahu lepaskan peluang untuk melawat dan melihat pemandangan dari atas kereta kabel.

“Saya juga merancang hendak melawat air terjun Telaga Tujuh yang berdekatan dan melihat sendiri keunikan kawasan tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Hiromu Nagaya yang bersama isterinya berkata, mereka teruja untuk meneroka sendiri Langkawi bagi melihat keunikan yang ada di sini apabila sering membaca perkongsian pelancong lain yang pernah berkunjung ke Langkawi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI