fbpx

Onn Hafiz bentang Belanjawan Johor 2024, lebihan RM4.21 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ berucap membentangkan Belanjawan Johor 2024 di Dewan Negeri Sultan Ismail Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2024 yang merupakan belanjawan lebihan atau surplus sebanyak RM4.21 juta pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini.

Belanjawan Johor 2024 yang bertemakan ‘Memacu Pembangunan Menyejahterakan Rakyat’ itu merupakan belanjawan lebihan bagi tahun kedua berturut-turut bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menurut beliau, pihaknya turut menyasarkan unjuran hasil negeri berjumlah RM1.804 bilion tahun depan, manakala unjuran perbelanjaan pula dianggarkan sebanyak RM1.799 bilion.

“Angka ini menunjukkan Belanjawan 2024 merupakan belanjawan lebihan atau surplus bajet sebanyak RM4.21 juta. Sejumlah RM1.163 bilion pula diperuntukkan sebagai belanja mengurus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa membentangkan Belanjawan Johor 2024 semasa sesi Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Tambah beliau, belanjawan negeri bagi tahun 2024 itu digubal dengan bersandarkan kepada enam teras utama inisiatif Maju Johor yang didokong 29 strategi dan disokong 99 inisiatif.

“Semua inisiatif yang dilaksanakan ini telah dirancang dengan teliti kerana ia berkait rapat dengan perancangan masa depan negeri ini untuk kemakmuran penduduknya.

“Ketika ini, masyarakat sedang berdepan pelbagai cabaran terutama berkaitan kenaikan harga barangan keperluan dan kejatuhan nilai mata wang yang sekaligus menyebabkan kenaikan kos sara hidup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI