fbpx

Liga Super: JDT mudah tundukkan Kuching City 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON cuba melepasi barisan pertahanan Kucing City Fc dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan kesukaran menewaskan Kuching City FC 2-0 pada aksi liga di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini malam ini.

Biarpun menguasai permainan, skuad Harimau Selatan dilihat kurang agresif melancarkan serangan dan tidak berjaya mengancam kubu The Cats yang banyak berkampung di kawasan sendiri.

Ketika pemain tuan rumah dilihat buntu untuk menghasilkan gol, Bergson bijak mencari ruang untuk melepaskan rembatan deras dari jarak 25 meter pada minit ke-34 menewaskan penjaga gol Wan Muhammad Azraie Wan Teh.

Sewaktu permainan babak pertama hampir tamat, juara Liga Super itu dihadiahkan sepakan percuma setelah Bergson diterjah oleh Joseph Kalang Tie dari belakang.

Peluang keemasan itu tidak disia-siakan oleh pakar sepakan percuma JDT, Muniz yang melakukan rembatan lencong melepasi benteng dan menewaskan Wan Muhammad Azraie buat kali kedua pada minit ke-42.

Bersambung babak kedua, Kuching City yang berada di kedudukan kedua tercorot liga turut melancarkan serangan, malangnya tidak berjaya mengancam penjaga gawang, Farizal Marlias.

JDT akan bermain lagi dua perlawanan liga sebelum dinobatkan sebagai juara Liga Super pada perlawanan terakhir menentang Pulau Pinang FC pada 17 Disember depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI