fbpx

Suami ditahan selepas baling bungkusan biskut ke arah isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANDOVAL didakwa membaling bungkusan biskut Oreo ke arah isterinya di Florida, Sabtu lalu. - Foto WFLA

WASHINGTON – Seorang lelaki di Florida, Amerika Syarikat (AS) didakwa melempar bungkusan biskut ke arah isterinya ketika kedua-dua mereka bertengkar mengenai mesin pembuat kopi, lapor laman berita Fox News semalam.

Menurut afidavit, John Sandoval, 70, ditahan pagi Sabtu lalu selepas kejadian itu. Dia dikatakan bertindak demikian ketika kedua-duanya bertengkar mengenai mesin pembuat kopi yang tidak mempunyai air.

Menurut pihak berkuasa di daerah Lake, pasangan yang telah berkahwin selama lebih 40 tahun itu bertengkar secara lisan sambil duduk di tepi meja.

Sandoval secara tiba-tiba bertukar menjadi agresif dan membaling bungkusan biskut Oreo ke dada isterinya, yang menyebabkan mangsa terjatuh.

Lelaki itu juga dikatakan meletakkan tangannya pada leher isterinya semasa dia berada di atas lantai.

Sandoval bagaimanapun mengaku melemparkan bungkusan biskut ke arah isterinya tetapi tidak melakukan apa-apa perbuatan pada leher isterinya. 

Dia kini didakwa melakukan jenayah keganasan rumah tangga ke atas isterinya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI